30 September, 2014

Anak Bertuah Hidung Dah Lebam

17 ulasan
Assalamualaikum...


Minggu lepas... idah balik kerja... tengok anak bertuah sorang nie hidung dah lebam...



Anak Bertuah Hidung Dah Lebam

Errmm... nabihan... nabihan...!! kata CikEpah, nabihan mandi... mandi sabunnnn kat dalam toilet... tak tau camana dia jatuh... tau² dah lebam jer... aduhai kat hidung lak tu... dah la hidung awak tu pesek... bertambah lah pesek nyer... :(




CPUV Nuffnang : September 2014

18 ulasan
Assalamualaikum...


Alhamdulillah... rezeki tak putus dan masih menerima kepercayaan dari pihak pengiklan untuk memaparkan iklan² mereka... kesemua ada 7 CPUV Nuffnang yang masuk sepanjang bulan September 2014 ini... :)



CPUV Nuffnang : September 2014

Bagaimana pun hanya 4 sahaja lagi yang masih On Going... selebihnya dah kredit dah... :) walaupun tak banyak... tapi tetap bersyukur... setidak²nya ianya secara tidak langsung dapat menggambarkan yang blog kita masih diberikan kepercayaan oleh pihak pengiklan kan... :) kira nampak professional sikit laa... walaupun isi di dalamnya hancur lebur... hehehe... :P


29 September, 2014

Happy Birthday To Me

24 ulasan
Assalamualaikum...



Selamat malam dan selamat beristirehat semua :) ... sebenarnya hari ini adalah merupakan Hari Ulang Tahun idah... ermmm... untuk 3 series terakhir... :( tuer dah kan... sedih nyer... uhuk3x... terasa sungguh yang hayat semakin pendek... walaubagaimana pun idah tetap bersyukur masih diberikan kesempatan untuk terus mengumpul bekalan untuk di sana nanti... :)




Awal² lagi idah dah remove tarikh lahir idah di facebook... sebab idah tak nak fb warn kawan² yang hari ini adalah birthday idah... saja tak nak bising²... tetapiii... haishh... ada pulak yang pecah rahsia... saja tauuu sabotaj akak... :'( ermmm siapa lagi kalau bukan en.suami... bila dia dah wish kat fb tu... habis la melarat² pada kawan² lain... sampai ke sms dan whatsapp pun berderu² kawan² ucap selamat...



Happy Birthday To Me
Abang Google pun tak nak ketinggalan... nak wish Happy Birthday jugak pada idah...  :D 


Belanjer Ada Makna Rupanya

15 ulasan
Assalamualaikum...


Jumaat malam lepas... dah pukul 8.00 malam... tiba² adik idah call... katanya nak belanjer mak, kak dan idah sekeluarga makan... belanjerr??? haishh... takkan tak nak plak kan... huhu... 


Budak² tu dengan segera bersiap... seronok la dapat keluar tu... dah lama idah tak bawa mereka keluar... selagi UPSR tak selesai... :(



Kami makan western food di Restoran Murni, Bandar Tasik Permaisuri... perghhh ramai bebenor kat situ... first time idah makan sini... sebelum nie tak perasan pun kewujudan restoran ni... :D




Belanjer Ada Makna Rupanya
 Adelia dengan watermelon juice gelas besar dari tuan... :)


25 September, 2014

Entry Pendek Pagi Hari

35 ulasan
Assalamualaikum...


Salam ceria semua... :) ermmm pagi ni idah agak sibuk sikit... tapi gedik jugak nak update blog nie... huhuhu... tak per laa.. buat entry pendek jer la... :D



Entry Pendek Pagi Hari ~ Soto

Uols breakfast aper pagi ini? :D masak sendiri ke atau orang masakkan? hihihi... idah... macam biasa laa... #cikepahpunyakeja pagi nie dia buat soto pakej dengan begedil untuk breakfast kami anak beranak... idah sukaa... soto adalah salah satu dari makanan feveret idah... (y) jadi pagi nie breakfast kat rumah jer... tak makan kat kafe DBKL :D...




24 September, 2014

Berangan Di Tengahari

16 ulasan
Berangan Di Tengahari
Sumber gambar : newclipartdesign.com


Selamat petang semua... makan aper lunch tadi? :D tengahari idah dan jiran meja sebelah nie Cik Arpah... bersembang... baik punyer sembang... asalnya criter yang kos untuk mengerjakan haji semakin tinggi... mampukah kita nanti nak mengerjakan rukun islam ke-5 itu... 



Lu Pikir La Sendiri ~ Tanpa Bicara #26

19 ulasan
Assalamualaikum...


Lu Pikir La Sendiri ~ Azmin Puji Khalid
  

Lu Pikir La Sendiri... :D


23 September, 2014

YB Azmin Ali Menteri Besar Selangor Yang Baru

11 ulasan
 
YB Azmin Ali Menteri Besar Selangor Yang Baru

YB Mohamed Azmin Ali ADUN Bukit Antarabangsa telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pagi tadi di Istana Alam Shah, Klang...



UPSR, Kertas Matematik Pula Kena Ulang

11 ulasan

UPSR, Kertas Matematik Pula Kena Ulang

Semalam telah diumumkan bahawa Kertas Matematik kod 015/1, 025/1 dan 035/1 bagi UPSR tahun 2014 pula perlu diulang semula, setelah kertas Bahasa Inggeris dan Sains dibatalkan pada awalnya.



DIY Sarung Kusyen Dan Sarung Bantal

31 ulasan
Assalamualaikum...


DIY Sarung Kusyen Dan Sarung Bantal


DIY Sarung Kusyen Dan Sarung Bantal. Salam ceria semuaa... :) pagi ni idah nak tunjuk hasil kerja idah sabtu lepas... duduk sesaja takda buat apa... tiba² terfikir nak buat cushion cover @ sarung kusyen pula... jangan kutuk lelebih tau... sebab huduh sikit laa... senget benget... alaa kita budak baru belajar laa... halal la senget sikit jer pun... \m/



22 September, 2014

Arwah En. Samsudim Dalam Kenangan

23 ulasan
Assalamualaikum...


Arwah En. Samsudim Dalam Kenangan

Hari² yang sungguh menyedihkan buat idah dan seluruh officemate... bilamana seorang dari rakan sekerja, teman dan abang buat kami semua telah dijemput olehNYA kembali kepada maha pencipta... gurau senda arwah En. Samsudim senantiasa terngiang² dalam diri kami dan kenangan manis tidak mudah untuk dilupakan... :(




19 September, 2014

FreeMarket Bakal Berlangsung Sepanjang September 2014

20 ulasan
Assalamualaikum...


Seperti yang idah janjikan... berikut adalah senarai FreeMarket yang Bakal Berlangsung Sepanjang September 2014 ini... sebagai memudahkan untuk uols merancang jika berminat ingin turut serta... :)




FreeMarket Bakal Berlangsung Sepanjang September 2014
Event : FreemarketSahabat
Venue : PPR Desa Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur
Tarikh : 20.09.2014
Masa : 09:00 pagi - 11:00 pagi


Jangan Meniup Air Panas Untuk Diminum

16 ulasan
Assalamualaikum dan Salam Jumaat...


Jangan Meniup Air Panas Untuk Diminum
Sumber : google.com


Jangan Meniup Air Yang Panas Untuk Diminum...


Mengapa Nabi Muhammad SAW melarang kita dari meniup air yang panas?


Dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas.” 
(HR. Ahmad 1907, Turmudzi 1888, dan dishahihkan Syuaib Al-Arnauth).



18 September, 2014

FreemarketPJ Yang Happening

27 ulasan
Assalamualaikum...


Cuti sempena Hari Malaysia baru² ini telah berlangsungnya FreemarketPJ Yang Happening di Dataran Petaling Jaya... seperti hebahan idah sebelum ini... syukur... idah dan anak² juga berpeluang turut serta pagi itu... :)




Untuk yang tidak tau apa FreeMarket atau Pasar Percuma... ianya adalah merupakan suatu konsep kebajikan gaya moden... dimana sesiapa saja (NGO atau individu) boleh menjadi penyumbang dan juga penerima sumbangan dalam satu masa pada event tersebut... biasanya hanya berlangsung selama 2 ke 3 jam sahaja... Terbuka Kepada Semua tidak kira apa bangsa, agama, golongan semuanya boleh berbuat kebajikan :) ... barangan yang disumbangkan juga tidak diterhadkan... apa saja boleh disumbangkan... perkhidmatan, perabot, pakaian, makanan, peralatan elektrik, mainan dan macam² lagi... segala yang di tawarkan adalah PERCUMA kepada pengunjung... :D




FreemarketPJ Yang Happening
  
Alhamdulillah... majlis berlangsung dengan meriah sekali... walaupun gerimis diawal pagi... namun pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat telah turun bersama².... dengan satu tujuan yakni berbuat Kebajikan... :) 


15 September, 2014

Jom Ke FreeMarketPJ 16.09.2014

10 ulasan

Jom Ke FreeMarketPJ 16.09.2014

Free Market atau Pasar Percuma datang lagi...!!! ahhaa jomm... tuan² dan puan² adalah dengan ini dijemput ke #FreeMarketPJ yang akan berlangsung di Dataran Petaling Jaya pada esok hari 16 September 2014 bermula jam 9:00 pagi sehingga jam 11:00 pagi... 



Tukang Kasut Pekerjaan Lumayan

21 ulasan
Assalamualaikum...


Tukang Kasut Pekerjaan Lumayan

Tukang Kasut Pekerjaan Lumayan... Rentetan dari kisah 'Mahal Juga Baiki Kasut' idah semalam... ada sesuatu yang menarik perhatian diri ini untuk dikongsi... mari kita bayangkan kalau baiki sepasang kasut yang mengambil masa tidak sampai setengah jam itu, mendapat pulangan RM20... jika 1 hari dia hanya membaiki 5 pasang tapak kasut sahaja... ini bermakna dia telah mendapat pulangan RM100 sehari.



14 September, 2014

Mahal Juga Baiki Kasut

20 ulasan
Assalamualaikum...


Mahal Juga Baiki Kasut


Mahal Juga Baiki Kasut... Idah ada sepasang kasut yang baru jer dibeli... rasanya baru pakai 5 ke 6 kali je ke tempat kerja... tapi disebabkan tumitnya tu halus... so selalu la termasuk ke dalam lubang² kecil pada jalan raya yang tak rata... bila dah termasuk tu... tersekat pula... :'( ... itu la yang membuatkan tumit tu cepat rosak... 



13 September, 2014

The Versatile Blogger Award

15 ulasan
Assalamualaikum...


The Versatile Blogger Award

Nampaknya hari ini idah telah menjadi 'MANGSA' tag oleh blogger Sura Mohd dalam The Versatile Blogger Award... huhu... mangsa la sangatt kan... :D Thanks kepada Kak Sura yang cantik, manis dan manja itew... kerna sudi tag idah yer... fuhh nominated sebagai Versatile Blogger tau... sungguh terharu... haha.... :D



Ranking Alexa Dunia Sementara Acikidah Pada 13.09.2014

9 ulasan
Ranking Alexa Dunia Sementara Acikidah Pada 13.09.2014

Ranking Alexa Dunia Sementara Acikidah Pada 13.09.2014



Global Rank: 226,752
Rank In Malaysia: 1,836
Links in: 136
Sumber: rujuk SINI


12 September, 2014

Renungan Jumaat #16 : Antara Ciri² Takbur

14 ulasan
Assalamualaikum...


Salam Jumaat buat teman² yang sudi singgah ke sini... ♥


"Bila Kelemahan Dan Kekurangan Orang Lain
Dianggap Sebagai Kelebihan Bagi Kita,
Itulah Ciri² TAKBUR..."


11 September, 2014

Beli Wardrobe Di Home Renovation Expo, Pengalaman Buruk

26 ulasan
Assalamualaikum...


Sebelum puasa kelmarin... idah ada beli wardrobe/almari baju/build-in-cabinet di Home Renovation Expo yang dibuat di SACC Shah Alam... setelah survey dari satu booth ke satu booth... akhirnya idah setuju untuk close-deal dengan sebuah syarikat perabot nie yang beroperasi di Seremban...


10 September, 2014

Rakyat Malaysia Memang Baik Hati

22 ulasan
Assalamualaikum...



2 hari ini... idah kena drive sendiri ke tempat kerja... en.suami outstation di Kelantan... oleh kerana tak sanggup nak bayar parking di KL sehari cecah puluhan ringgit walaupun boleh claim balik dari company... so idah drive sampai ke LRT berdekatan jer... pastu park kereta dan naik LRT ke pusat bandar...



Rakyat Malaysia Memang Baik Hati

Rakyat Malaysia Memang Baik Hati



09 September, 2014

Debar Sebelum Menduduki UPSR

14 ulasan
Assalamualaikum...


Awal pagi lagi Kakak dah bersedia untuk ke sekolah... jelas kelihatan di wajahnya, yang dia sedang kawal debar sebelum menduduki UPSR ini... kalut...!! risau sampai lewat laa... macam² yang dirisaukannya... sedangkan segalanya telah dipersiapkan sebelumnya... :)




Debar Sebelum Menduduki UPSR

Rupa orang yang sedang berdebar sebelum menduduki ujian UPSR... :) 



Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014

6 ulasan

Peperiksaan UPSR 2014 telah ditetapkan bermula dari 09 hingga 11 September 2014 serentak bagi semua sekolah² di seluruh Malaysia. 

Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan sebagai panduan kepada ibubapa yang mempunyai anak² yang menduduki peperiksaan ini. :)


Jadual Waktu Peperiksaan

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014


Selamat Menduduki Ujian UPSR 2014

8 ulasan
Assalamualaikum...


Selamat Menduduki Ujian UPSR 2014
 

Hari ini merupakan hari pertama bagi anak² Tahun 6, menduduki peperiksaan UPSR. Diucapkan Selamat Menduduki Ujian UPSR 2014 kepada semua anak² ini. Semoga kalian tenang dan dipermudahkan olehNYA dalam menjawab semua soalan² peperiksaan itu nanti. 


08 September, 2014

Bawa Bekal Breakfast, Jarang² Ku Buat

22 ulasan
Assalamualaikum...

Bawa Bekal Breakfast, Jarang² Ku Buat

Hari ini idah datang kerja bawa bekal breakfast dari rumah... hahaha... memang jarang² la idah buat... setahun mungkin tak sampai 5 kali... :D 



07 September, 2014

SEGMEN : Bloglist Untuk Kawan-Kawan Yang Kita Suka

15 ulasan
Assalamualaikum...


Idah telah ditag oleh Farrah MF dalam SEGMEN : Bloglist Untuk Kawan-Kawan Yang Kita Suka... Thanks Farrah... :)


Kepada yang ingin turut serta, boleh klik pada banner di bawah ini.

SEGMEN : Bloglist Untuk Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Kategori Bloglist : Kakak (before 1990)


05 September, 2014

Pencuci Muka Cetaphil, Lembut Pada Kulit

38 ulasan

Pencuci Muka Cetaphil, Lembut Pada Kulit

Ada sesiapa yang gunakan Pencuci Muka Cetaphil juga tak? :) tadi time lunch jalan² ... teringat pula nak beli pencuci muka dah habis... sekarang idah gunakan Cetaphil nie... lembut pada kulit... :) baru jer idah tukar kepada pencuci muka ni... beli kali nie baru botol ke-2... 



Renungan Jumaat #15 : Jadilah Pemadam

13 ulasan
Assalamualaikum...


Renungan Jumaat #15 : Jadilah Pemadam

04 September, 2014

Baju Baru Note Ku

19 ulasan

Wings Penyet

Al-kisah Baju Baru Note Ku... Hari ini lunch makan Wings Penyet @ Dapur Penyet, Maju Junction... tanpa nasi... huhu... menu diet kan... :D huhu diet la sangattt... idah suka wings penyet nie... lama juga tak makan... kali terakhir sebelum puasa tu hari rasanya... alhamdulillah... :)




DIY Langsir Dapur Mudah

20 ulasan
Assalamualaikum...


DIY Langsir Dapur Mudah... huhuhu... mudah jer... jahit lurus memang la mudah kan... hehehe... :)



Al-kisah... seminggu lepas raya... 
suatu hari tu tiba² jer mood datang nak jahit langsir... petang tu juga idah pergi Jakel... terus beli... :D kononnya nak cari kain murah² jer... nak jahitkan langsir untuk dapur basah idah... selama nie ada langsir atas jer (kepala)... tapi bawah dia melopong... bila malam hari orang dari luar boleh nampak jelas kita kat dalam dapur... tu yang idah nak buat langsir sekerat tu... privacy la sikit kan...



03 September, 2014

Layan Mak Shopping

15 ulasan
Assalamualaikum...


Sebelum mula acara BBQ Merdeka kami kelmarin... idah sempat Layan Mak Shopping... dia nak beli baju baru... nak ke Konvo cucunya dan juga banyak kenduri katanya... :)



Layankan ajer laa... idah malas nak ke Pusat Bandaraya KL sebab jalan banyak tutup sempena hari kemerdekaan kan... so idah bawa dia ke bandar Kajang saja... tujuan? Metro Kajang... :)




Layan Mak Shopping

Kek Dihiasi Oleh Dak Kakak ~ Tanpa Bicara #23

16 ulasan
]
Assalamualaikum...

Japanese Cotton Cake


02 September, 2014

Buah Tangan Dari Australia

17 ulasan

Buah Tangan Dari Australia

Alhamdulillah... rezeki hari ini :)... petang tadi dapat Buah Tangan Dari Australia... huhuhu... pucuk dicita ulam mendatang... dapat Fridge Magnet kesukaan akak... lalala... suka.. suka.. suka... :D tambah lagi koleksi akak di peti ais itu kan... <3<3


BBQ Merdeka Halaman Belakang

13 ulasan
Assalamualaikum...


Hari ini dah mula kerja semulaa... setelah 3 hari cuti sempena Merdeka... mesti ramai yang pergi bercuti kan... samada bersama keluarga atau rakan² :)


Idah tak kemana² pun cuti panjang nie... al-maklum dak Kakak Atikah nak exam lagi beberapa hari jer lagi... jadi dia pun tak nak kemana²... banyak kerja sekolah katanya... jadi untuk mengisi masa terluang yang ada bersama anak²... idah buat BBQ Merdeka Halaman Belakang... hehehe...


Sebenarnya... tak plan pun... ahad tu dah pukul 11 pun masing² dok mengadap tv jer... tengok Perbarisan Hari Kebangsaan... bosan juga kan... tiba² idah dapat idea nak buat BBQ nie... dan tanya en.suami... huhuhu... dia kata Okayy!!... :D terus dia bangun dan pergi Jusco cari bahan² yang diperlukan... (y)



BBQ Merdeka Halaman Belakang