31 Oktober, 2014

Tanam Pokok Herba, Sayuran Dalam Tong Polisterin

19 ulasan
Assalamualaikum...

Tanam Pokok Herba, Sayuran Dalam Tong Polisterin

Tanam Pokok Herba, Sayuran Dalam Tong Polisterin - Woww... teruja tak uols tengok gambar di atas ini... :D haa... pokok² herba dan sayuran ditanam di dalam tong polisterin atau kotak kayu... <3<3

 

Ini adalah merupakan suatu kaedah alternatif bagi para pencinta kehijauan dan juga mereka² yang hobinya bercucuk tanam... mudah dan murah kan... yang tinggal di kawasan perumahan yang tiada tanah pun boleh bercucuk tanam tau... tong polisterin tu pun murah jer kan... ataupun boleh juga guna tong yang terpakai... biasanya lepas pasar basah / pasar malam tamat... banyak peniaga tinggalkan kotak² polisterin ni...



Tanam Pokok Herba, Sayuran Dalam Tong Polisterin
Tanam sayuran... wowww... seronok tengok... hari² nak makan sayur... petik jer kan... sesuai sangat dengan keadaan sekarang nie yang serba serbinya mahal... :D


Sebenarnya... idea dan gambar² ini idah ambil dari facebook sepupu idah... teruja tengok hasil tanamannya... dan idah rasa sesuai sangat dengan masalah yang sering idah hadapi apabila menanam pokok di perkarangan rumah... kerana tanaman² idah tu sukar membesar oleh kerana akarnya diikat atau dililit oleh rumput karpet yang ditanam berdekatan... jadi kalau guna kotak polisterin nie... kebaikannya adalah... tanaman idah akan jauh dari masalah rumput karpet dan juga mudah untuk dialih²kan tempatnya... kan... :D


Mengikut kata sepupu idah... sebelum meletakkan tanah... di bawah kotak polisterin itu perlulah dibuat 4 lubang terlebih dahulu... ini adalah bagi membolehkan air yang berlebihan untuk mengalir keluar... :)


Tak sabar rasanya nak memulakan edible garden acikidah... hehehe... semangatt... huhu... kotak polisterin dah ada... cuma biji benih jer yang belum ada lagi... :D bila nak mula nie... setakat nie pokok yang idah ada adalah pokok kari, serai, kunyit, pandan, cili padi, kesum, bunga kantan, limau kasturi, limau purut, belimbing buluh... ermmm... tu jer kott... teringin nak tanam sayuran pula... :D terima kasih kepada Abang Hamzah yang sudi berkongsi idea yang bernas ini... (y)



19 ulasan :

  1. syoknya klau rumah ada laman.kami rumah ada koridor sempit ja....wuuuuuu

    BalasPadam
  2. idah..tidak rugi berbudi pada tanah, hasilnya pasti lumayan kan..pokok semua segar bugar, kutip hasil tanaman sendiri, dah tentu terjamin bersih dan bebas racun..

    BalasPadam
  3. Amboi akak..dahbplan bulat2 dah kan..hihi..
    Ibu cik akak yang tanam dalam kotak kayu tu memang tabiat dia...
    Paling suka kalau tanam bunga...meriah je kat laman..hihi

    BalasPadam
  4. "bercinta" dengan tumbuh-tumbuhan, nikmat Allah jugak tu kakcik... bestnya dapat buat garden sayur, buah dan herba2... wahhhh bestnya kalau ada rumah sendiri !!

    BalasPadam
  5. ide bagus ni idah selamat beredible garden...selamatkn belanja dapur...

    BalasPadam
  6. suka tengok idah tapi tangan kak anim ni panas...hihi

    BalasPadam
  7. Memang bagus jugak guna kotak2 polysterine ni...bukan saja murah...tapi ringan sikit nak ubah sana sini...

    BalasPadam
  8. macam best jugak ni.
    memang ada polisterin yang tak dipakai.
    kena cari tempat nak buat, ahaks~

    BalasPadam
  9. saya ada satu . my kakak tanam kangkung . tapi tak tau lak kena lobangkan ... sekarang ni dah kosong . tabur biji kacang pamjang x hidup lagi ...

    BalasPadam
  10. Wahh bestnya.. salah satu aktiviti kegemaran saya ialah berkebun. Lagi seronok klu balik kampung... mmg jadi hang kebunlah hehee... best.. :)

    BalasPadam
  11. Cantiklah Acik Idah..Ini yang dikatakan kreatifkan...patut dicontohi ni...

    BalasPadam
  12. Mudah nak buang rumput kalau tanam mcm ni..

    BalasPadam
  13. best tengok tanaman menjadi, dalam polisterin tu bole cuba kan :)

    BalasPadam
  14. Mak ayah IM pun rajin menanam. Susun batu cantik2 keliling pokok. Tanam macam ni dapat berjimat ;)

    BalasPadam
  15. Menariklah idea ni! Tanaman pun nampak lebih tersusun. Saya nak cuba buatlah utk taman herba saya :)

    BalasPadam
  16. kreatif ... kalau ada tanah besau belakang umah... nak juga buat yg kayu tu :)

    BalasPadam
  17. saya ni pula suka temgok aje idah
    kalau bab tanam, usahlah serah kat saya
    jadi benda lain kang =)

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D