Memaparkan catatan dengan label LittleCaliphs. Papar semua catatan

25 November, 2014

Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal

9 ulasan
Assalamualaikum...
 

Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal ~ Minggu lepas merupakan minggu terakhir sesi persekolahan 2014... jadi banyak la sekolah yang mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan, Majlis Khatam Quran, Majlis Tamat Persekolahan & Konsert dan tidak kurang juga yang mengadakan Ihtifal... :)


Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal

Ahad lepas adalah giliran sekolah Nabihan mengadakan Ihtifal dan Konvo bagi anak² yang tamat pra persekolahan mereka... majlis telah diadakan di Auditorium, Muzium Negara, KL... :D pihak Little Caliphs telah membuat 2 sesi upacara... iaitu sesi pagi bagi anak² 6 tahun manakala bagi anak² 5 dan 4 tahun diadakan pada sesi petang pula... kerana setiap sesi tersebut mereka telah gabungkan 4 buah sekolah. Little Caliphs Bandar Tun Hussein Onn, Mahkota Cheras, Damai Mewah dan Hulu Langat... :) oleh kerana idah ada 2 anak yang bersekolah di LC... jadi idah kena datang sesi pagi dan juga petang... huhuhu... 1 hari layan konsert jerrr... phhewww.... :D