Memaparkan catatan dengan label acara. Papar semua catatan

25 November, 2014

Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal

9 ulasan
Assalamualaikum...
 

Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal ~ Minggu lepas merupakan minggu terakhir sesi persekolahan 2014... jadi banyak la sekolah yang mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan, Majlis Khatam Quran, Majlis Tamat Persekolahan & Konsert dan tidak kurang juga yang mengadakan Ihtifal... :)


Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal

Ahad lepas adalah giliran sekolah Nabihan mengadakan Ihtifal dan Konvo bagi anak² yang tamat pra persekolahan mereka... majlis telah diadakan di Auditorium, Muzium Negara, KL... :D pihak Little Caliphs telah membuat 2 sesi upacara... iaitu sesi pagi bagi anak² 6 tahun manakala bagi anak² 5 dan 4 tahun diadakan pada sesi petang pula... kerana setiap sesi tersebut mereka telah gabungkan 4 buah sekolah. Little Caliphs Bandar Tun Hussein Onn, Mahkota Cheras, Damai Mewah dan Hulu Langat... :) oleh kerana idah ada 2 anak yang bersekolah di LC... jadi idah kena datang sesi pagi dan juga petang... huhuhu... 1 hari layan konsert jerrr... phhewww.... :D


16 Jun, 2014

Shawl Dari FreemarketBTR

22 ulasan


Assalamualaikum...




Semalam adalah merupakan hari berlangsungnya #freemarketBTR di perkarangan Masjid Saidina Osman Al-Affan, Bandar Tun Razak, Kuala lumpur... Free Market atau Pasar Percuma dimana pengunjung boleh MENGAMBIL APA SAHAJA yang ditawarkan di event tersebut secara PERCUMA... makanan, minuman, pakaian, barangan rumah, kasut, beg, barangan elektrik dan macam² lagi... Ini adalah merupakan event freemarket yang pertama diadakan di Cheras, Kuala Lumpur...




Alhamdulillah dengan izinNya event ini telah berlangsung dengan jayanya yang seperti apa yang telah kami rancangkan... :) cuaca juga sungguh baik tidak hujan dan tidak juga terlalu panas...



#freemarketBTR di Masjid Saidina Osman Al-Affan, Bandar Tun Razak, Kuala lumpur

11 Jun, 2014

Banner FreemarketBTR Dinaikkan

8 ulasan

Assalamualaikum...


Acara #freemarketBTR akan berlangsung tidak lama jer lagi... kami team #alwaasikl sangat berdebar² dan juga teruja... selagi belum sampai tarikhnya... terasa macam² yang belum siap... semakin dekat tarikhnya semakin kuat rasa debaran... hehehe... al-maklum laa ini penganjuran pertama freemarket buat team Al-Waasi... :D



Banner FreemarketBTR Dinaikkan

Malam tadi beberapa orang team Al-Waasi telah menaikkan beberapa banner event FreeMarketBTR ini di sekitar Bandar Tun Razak dan Cheras bagi menjemput komuniti Kuala Lumpur untuk turut sama merasai dan sekaligus menjayakan program kebajikan yang julung kali diadakan di sekitar Cheras ini...