Memaparkan catatan dengan label jerebu. Papar semua catatan

14 Mac, 2014

Panduan Kesihatan Ketika Jerebu.

17 ulasan
...السلام عليكم



Panduan Kesihatan Ketika Pencemaran Udara.
Sumber : Google


Seperti yang kita ketahui, Indeks Pencemaran Udara (IPU) bacaan di bahagian-bahagian di Semenanjung Malaysia telah meningkat dan adalah dalam lingkungan "tidak sihat". Ini dilaporkan berpunca dari musim kering yang berterusan di semua bahagian Semenanjung.


Berikut adalah beberapa panduan kesihatan :



• Orang yang mempunyai masalah kesihatan kronik terutamanya paru-paru atau penyakit jantung, warga tua, wanita hamil dan kanak-kanak - mengurangkan semua aktiviti luar apabila bacaan IPU lebih daripada 100.



• Orang dewasa yang sihat - mengurangkan senaman fizikal yang berlebihan atau aktiviti luar.



• Walaupun individu yang sihat mungkin mengalami kerengsaan jangka pendek (seperti kerengsaan mata, yang boleh menggunakan pencuci mata biasa, dimana boleh didapati dari farmasi ); segelintir individu yang sensitif mungkin mengalami gejala yang lebih teruk.


• Bagi mereka yang mengalami gejala kerengsaan, dinasihatkan agar tinggal di dalam rumah atau bilik-bilik berhawa dingin yang mempunyai penapis udara yang berkesan atau sistem pembersihan udara (air ventilation) ini boleh membantu (pastikan tingkap dan pintu ditutup selama mungkin)


• Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok, untuk mengurangkan zarah kotoran disedut masuk ke paru-paru.


• Anda dinasihatkan agar menggunakan topeng muka apabila berada di persekitaran terbuka. Topeng muka ini boleh didapati dari farmasi atau kedai-kedai yang berkaitan. 


• Segeralah berjumpa doktor jika didapati status kesihatan anda semakin merosot akibat dari faktor kualiti udara terutama bagi mereka yang menghidap penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan warga tua.


13 Mac, 2014

Jerebu Di Kuala Lumpur Petang Ini.

12 ulasan
...السلام عليكم


Ingatkan pagi tadi jerebu di Kuala Lumpur dah teruk dah... tapi rupa²nya petang nie lagi teruk...



Jerebu Di Kuala Lumpur Petang Ini.
Pagi tadi...

Jerebu Di Kuala Lumpur Pagi Ini.

15 ulasan
...السلام عليكم


Semalam jerebu di Kuala Lumpur bermula lagi... tapi pagi nie semakin teruk... jarak penglihatan juga semakin terbatas...



Jerebu Di Kuala Lumpur Pagi Ini.
Dataran Merdeka


Di Dataran Merdeka, kebiasaannya bangunan yang belakang² tu boleh jelas kelihatan... tapi pagi nie dah tak nampak dah...



29 Julai, 2013

Jerebu Datang Lagi..

1 ulasan

Assalamualaikum.., Seperti biasa pagi hari isnin yang meletihkan pegi keje.. Sampai kat Dataran Merdeka.. woww.. macam kat genting laa.. kabuss.. hik3x..!! 


Jarak penglihatan agak terhad dan boleh dikatakan kuat juga jerebu pagi nie.. Dari mana pulak asal usul jerebu kali ini. 


Jerebu di Kuala Lumpur

Gambar diambil dari Bangunan DBKL Jalan Raja Laut.. Hmm.. Bangunan MARA pun tak berapa jelas kelihatan.

Harap jerebu lekas pergi dibawa angin lalu.. :)