Memaparkan catatan dengan label johor. Papar semua catatan

28 Februari, 2014

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

17 ulasan
...السلام عليكم



Semasa idah ke Pagoh, Johor... dalam program Insan Prihatin Warga Emas tempohari... rupa²nya tidak jauh dari rumah yang kami tinggal itu adalah terletaknya Makam Sultan Alauddin Riayat Shah... makam ini terletak di Kampung Raja, Pagoh, Johor...




Terlanjur dah terlalu dekat tu... kami singgah juga walaupun hanya seketika...



Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

Sultan Alauddin Riayat Shah adalah sultan Melaka yang ketujuh, memerintah dari tahun 1477 hingga 1488. Sultan Alauddin memerintah kerajaan Melaka selama kira-kira 11 tahun. Baginda merupakan sultan yang bijaksana dan tidak terlalu bergantung kepada Bendahara Tun Perak di dalam mentadbir negeri. 

30 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 3 ~ Kasihi Warga Emas

6 ulasan
...اسلام عليكم 



19 January 2014.





Hari ni merupakan hari terakhir kami di Pagoh, Johor... masih ada tugas yang perlu dilaksanakan... awal pagi semua dah bersedia untuk meneruskan misi untuk hari ini... :)




Sebelum meninggalkan rumah yang kami tumpangi itu... kami kemaskan dahulu... bersihkan apa yang patut... sudah adat orang kita kan... lepas gunakan barang orang kena la pulangkan semula dengan keadaan yang baik... :)





Perkarangan rumah
Kenangan terakhir di perkarangan rumah yang kami tumpangi...



28 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Jejak Warga Emas

13 ulasan
...السلام عليكم


Alhamdulillah niat utama kami untuk menziarahi Pakcik Yani sekeluarga di Muar telah termakbul... seterusnya kami pada awalnya telah memilih beberapa warga emas lagi di sekitar Pagoh untuk disampaikan sumbangan yang diberikan oleh para penyumbang...



Bergerak dari rumah Pakcik Yani, kami terus ke medan selera di tengah bandar Muar untuk makan tengahari. Macam² adaa... mee bandung muar dan rojak petis antara menu yang popular di sini...





Jejak Warga Emas

Sabar menunggu makanan... dah kebuloq nie.... :D



23 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

22 ulasan
...السلام عليكم


18 January 2014.


Hari kedua kami di Pagoh... selesai solat subuh berjemaah bersama rakan²... dan minum pagi ringkas sandwich sardin dan air kopi yang kami masak sendiri... rakan² lelaki Rafizal, Eical dan hubby memeriksa dan memuatkan barangan yang perlu dibawa ke dalam kereta...




Niat kami hari ini adalah untuk menjejak keluarga kurang bernasib baik Encik Ghani @ Yani di Muar dengan hanya berbekalkan nama kampung sahaja tanpa alamat lengkap yang kami perolehi dari artikel di Sinar Harian... agak mencabar juga... tapi kami saling meyakini antara satu dengan lain... insyaallah Allah akan bantu kita...


22 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar ~ Day 1

22 ulasan
...السلام عليكم



Kita sering merungut makanan tidak enak... penghawa dingin yang tidak cukup sejuk... rumah yang sempit... kos sara hidup yang tinggi dan banyak lagi rungutan demi rungutan... tapi... tanpa kita sedari di kala kita sedang menikmati segala kesenangan dan kemewahan hidup ini... masih ada diluar sana yang kehidupan mereka umpama kais pagi makan pagi... kais petang makan petang... setiap saat memikirkan bagaimana untuk menghadapi hari esok...



Pada December 2013 yang lalu, di dalam akhbar sinar harian... idah telah terbaca kisah kehidupan sebuah keluarga yang kurang bernasib baik di Muar, Johor... sungguh daif kehidupan mereka... umpama sudah jatuh ditimpa tangga... suaminya yang merupakan tonggak utama keluarga jatuh sakit pula...




Mengenangkan kisah kesusahan mereka ini... idah dan rakan² Team Insan Prihatin (TIP) terpanggil untuk menjejak keluarga malang ini untuk melihat sendiri akan kehidupan sebenar mereka ini sekaligus menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban dan menggembirakan sedikit hati mereka...


 https://www.sinarharian.com.my/dapur-rumah-tanpa-dinding-1.232767