Memaparkan catatan dengan label wajah baru blog. Papar semua catatan

07 Februari, 2017

Wajah Baru Blog 2017

17 ulasan

Assalamualaikum Dan Salam Mesra 🌹


Minggu lepas lawat blog rakan²... perghh..! cantik² blog masing² dengan pelbagai warna dan reka bentuk. Terasa kerdil sungguh diri ini 😔... tiba² terasa nak tukar wajah baru jugak laa... hikhikhik... wajah baru blog 2017 acikidah taraannngggg!! 😉👇


Wajah Baru Blog 2017


Masih mengekalkan latar belakang yang berwarna cerah dan juga font yang besar... mudah nak membaca kan... kalau dulu simple rasanya yang ini lebih simple lagi kot... 😀



Wajah Lama


Haaa... Ini pula wajah lama... Lebih 2 tahun juga idah gunakan template ini. Header tak pernah tukar dari mula berblogging... hahaha sadis betul...


Setelah bertahun² gunakan header lama tu... untuk tahun 2017 ni buat pertama kalinya kita tukar laa... 😁 gunakan header yang lebih simple lagi kankankan... sebenarnya bukan idah tak buat design header... tapi setelah beberapa design image dibuat pilih punya pilih akhirnya tak payah pakai header image langsung la... hahahaha... guna tulisan jerr... sempoii... latar header tu pun sebenarnya adalah gambar background jer.. 



Penukaran wajah baru ini idah buat sendiri sepenuhnya... tiada khidmat pakar digunakan.. idah hanya ambil jer template percuma yang ada di bloggertemplates20.com . Walaupun begitu... untuk nak buat pilihan pun susah juga tau.. dah pilih yang berkenan kena lihat pula sesuai ke tidak dengan template yang sedang kita gunakan. Kemudian template baru ini biasanya didatangkan sekali dengan widget² yang kadang² kita tidak perlukan, jadi kita kena edit la pula selepas itu.


Memandangkan skill web programming ku dah berkarat jadi idah mengambil masa 2 hari suntuk untuk membuat kerja² mengedit bagi mengikut citarasa serta buang dan tambah widget baru... sampai jam dah pukul 5.30 pagi pun tak perasan punyalah khusyuk... chia chia chia..


Idah suka template baru ini kerana dia responsif page iaitu dia akan outomatik mengubah saiznya mengikut peranti (tablet, handphone, dsb) yang pembaca gunakan dan juga jika pembaca mengubah saiz browsernya sekaligus page ini akan disesuaikan untuk kelihatan tersusun dan nampak kemas.. 😍



Wajah baru ini nak kata siap 100% tu tidak lagi... sebab biasalah kan... kalau dah kata programmer tu ada jer yang dia nak touch up tambah itu ini... boleh dikatakan sehingga hujung tahun nanti pun takkan capai 100% hahaha... haa ok la setakat ini saja nanti sembang punya sembang jadi cerpen pulak... hahaha... okay tata selamat malam... ✋💋


07 Ogos, 2014

Wajah Baru Blog Sempena Anniversary

20 ulasan
Assalamualaikum...



Malam kelmarin tiba² kerajinan datang melanda... terasa nak buang sawang² yang ada di belog ini... :D ecehhh...! tak der makner nyer...!! 


Sebenarnya beberapa hari sebelum Aidilfitri tu hari... adalah merupakan Anniversary pertama buat blog Dunia Sementara Acikidah ini... sebelum tarikh tu sampai... memang idah teruja... macam² plan nak buat... tapi biasa laa yang kita rancangkan tidak selalunya termakbul kan... kesihatan pula tidak mengizinkan... jadi mood untuk nak celebrate 1st Anniversary tu terus terkubur... 


Wajah Baru Blog Sempena Anniversary... saja la nak tukar mood :D ini kali ke-5 kott tukar wajah background nie... hehehe... ingat² lupa plak... jadi sempena setahun belog ini saja laa nak hias² sikit... :D




21 Oktober, 2013

Wajah Blog Ku Bertukar Lagi..

7 ulasan

Assalamualaikum...



Seperti biasa.. kerja-kerja begini Idah lakukan bilamana server kat office nie down.. hehehe.. pantang ada waktu lapang.. padahal baru jer tukar wajah blog nie.. tak sampai  20 hari pun.. :D



Sebelum..



Ermm.. nampak sangat Idah nie mudah bosan kan.. tapi mungkin juga sebab Idah nie suka explore benda² baru.. :D tak kira laa apa alasan pun.. janji Idah happy dengan apa yang dibuat.. tak menyusahkan orang pun.. :-D


This time Idah try pakai template free yang melambak kat alam maya nie.. pilih jer yang mana berkenan.. rasanya yang wajah baru nie serabut skit... tapi Idah suka warna coklat ditengahnya...



Terbaru.. ♥


Uols tengok serabut tak? nampak berat ke? warna gelap ek?? tapi Idah suka plak warna gelap² nie :D ... oh yer.. template nie Idah ambik dari TheCutestBlog...



Kita tengok yer berapa lama 'Wajah Baru' nie boleh bertahan.. huhuhu..


02 Oktober, 2013

Wajah Lama vs Wajah Baru..

5 ulasan


2 hari server down kat opis nie.. inilah hasilnya.. hehehe.. belog akak bertukar wajah.. :D





New Look
Wajah Baru..


Terima kasih kepada Azharul sebab bantu dan tunjuk ajar Kak Idah cara nak troubleshoot webpage dan memperkenalkan Firebug juga.. :D really appreciate it..



Perubahan yang dilakukan tak banyak pun.. sebab Idah masih prefer page yang simple..




Old Look
Wajah Lama..


Semuga wajah baru ini memberi semangat baru untuk diri ini terus berblogging... :D