Memaparkan catatan dengan label ziarah. Papar semua catatan

19 Mei, 2014

Aktiviti Ziarah Cuti Wesak

11 ulasan

Assalamualaikum...


Cuti sempena Wesak baru² nie... idah dan beberapa orang geng Al-Waasi telah pergi menziarahi beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar Cheras... tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengenalpasti kesusahan yang mereka alami dan juga jenis bantuan yang mereka perlukan... 



Seawal jam 10 pagi kami berkumpul di suatu lokasi pertemuan dan kemudian hanya menggunakan 1 kenderaan sahaja... 3 keluarga telah dipilih untuk ziarah kali ini...



Aktiviti Ziarah Cuti Wesak
Rumah pertama adalah milik Puan Adawiyah... merupakan seorang ibu tunggal beranak 1... beliau menghidap ulser usus dan telah di potong sebahagian besar ususnya... berikutan dari itu dia tidak boleh makan sembarangan makanan melainkan susu khas yang perlu dibeli di farmasi dengan harga yang agak mahal... selain dari itu beberapa ubat-ubatan lain yang perlu di makannnya setiap hari yang harganya juga agak mahal... rumah yang didudukinya adalah berstatus sewa dengan DBKL... sewa rumah juga telah beberapa kali tertunggak... sudah beberapa kali memohon bantuan Baitulmal tetapi di tolak kerana beliau masih bekerja walaupun gajinya sering kali dipotong memandangkan cuti sakitnya yang telah melebihi had... pihak Al-Waasi akan cuba untuk membuat permohonan semula ke pihak Baitulmal beserta surat sokongan...